Khamis, 27 Ogos 2015

Apam Polkadot Sedap


Assalamualaikum. Hari ni nak share resepi apam polkadot yang sedap. Cukup kelembutannya dan kegebuaannya.

Resepi:

4 biji telur (gred B)
220g gula castor
280g tepung gandum
3 sk baking powder
150ml susu
2 sk ovallette
Pewarna dan filling mengikut citarasa.

Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan keputihan.
2. Masukkan bahan-bahan kering berselang-seli dengan susu. Pukul lagi hingga rata.
3. Masukkan ovallette dan pukul lagi hingga rata dan kembang. Anggaran memukul lagi 5 minit.
4. Panaskan periuk kukus. Gunakan api perlahan setelah air kukusan mendidih untuk memasak apam.
5. Bahagikan adunan apam dengan warna pilihan.
6. Masukkan papercup ke dalam acuan lompang. Sudukan 3/4 penuh adunan apam dan pipekan filling ke dalamnya. Masukkan lagi adunan hingga penuh papercup. Corakkan mengikut pilihan.
7. Masukkan acuan lompang ke dalam periuk kukus dan kukuskan selama 15 minit.

Tips:
1. Tutup bekas adunan apam supaya kurang gelembung udara yang masuk.
2. Kukus hanya cukup-cukup 15 minit dengan api kecil.
3. Masukkan filling selepas sudukan adunan apam 3/4 atau hampir penuh papercup bagi mengelakkan filling tenggelam ke dasar papercup.
4. Sudukan adunan apam untuk elakkan gelembung udara yg banyak. Hanya masukkan adunan apam yang diperlukan untuk hiasan di atas apam ke dalam piping bag.