Kebanyakan resepi cream puff adalah lebih kurang sama sahaja. Yang berbeza adalah sukatan bahan-bahannya, ada yang lebih dan ada yang kurang. Cream puff yang sedap adalah cream puff yang rangup di luar dan lembut di dalamnya. Filling cream puff hendak lah cukup manis dan lemaknya, baru betul-betul sedap! Resepi ini menghasilkan 26 biji cream puff yang besar. Kalau nak dapat banyak, boleh buat size bite jer.
Bahan-bahan (Puff):
100 g butter
250 ml air/susu
150 g tepung gandum
4 biji telur -dikacau
1 sk esen vanilla
Cara-cara:
1. Butter dan air dipanaskan sehingga sebati.
2. Bila mendidih, cepat-cepat matikan api dan masukkan tepung gandum. Gaul hingga membentuk doh.
3. Buka api semula, kacau doh beberapa minit sehingga nampak doh berkeping-keping. Tutup api. Proses ini untuk menyerap cecair dari doh.
4. Biarkan doh sejuk atau sehingga suam, masukkan esen vanilla dan telur sedikit demi sedikit. Tidak semestinya menggunakan telur hingga habis.
5. Setiap kali memasukkan telur, kacau rata agar ia sebati. Boleh menggunakan senduk kayu atau mixer. Jangan over mix, cukup sekadar ia rata.
6. Adunannya mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Bila di pipekan, bentuknya kekal dan tetap.
7. Pipekan bentuk yang disukai atas loyang yang digris.
8. Renjiskan puff dengan air. Boleh juga guna spray. Proses ini untuk membantu puff naik dengan cantik dan membentuk rongga-rongga dalam puff.
9. Bakar 15 minit pada suhu 200 c dan kemudian 15 minit lagi pada suhu 180 c. Guna api atas dan bawah. Jangan buka pintu oven selagi waktu pembakaran tidak tamat.
10. Setelah puff nampak keperangan, keluarkan puff dan gunting setiap puff dengan lubang kecil. Proses ini bagi membebaskan wap panas yang terperangkap dalam puff.
Bahan-bahan (custard filling):
3 1/3 cawan susu cair
5 sb gula
5 sb tepung custard
secubit garam
2 sk esen vanilla
70 g butter
Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan kecuali esen vanilla dan butter.
2. Masak atas api sehingga ia pekat dan meletup-letup. Tutup api.
3. Masukkan esen vanilla dan butter. Gaul rata.
4. Sejukkan.
Nota: saya sukakan cream puff yang fillingnya adalah campuran non dairy whip cream (fresh cream) dengan custard filling. Rasanya lebih enak!
Khamis, 5 Februari 2015
Ahad, 1 Februari 2015
Butterscotch Cupcakes
Dah lama nak cuba resepi ni tapi asyik tertunda jer. Sebenarnya bagi saya, cupcakes ni lebih sedap dimakan bersama cream cheese frosting atau buttercream. Resepi ini diambil dari Sally Baking Addiction tetapi diubahsuai sedikit mana yang saya rasa lebih mudah. Saya juga telah mengurangkan sukatan gula perang, kalau tak manis sangat kot. Resepi ini menghasilkan 14 biji cupcakes yg bersaiz L.
Bahan-bahan:
115 g butter -dicairkan
160 g gula perang/brown sugar
1 biji telur
1 sk esen vanilla
1 cawan buttermilk (1 cawan susu + 1 sb cuka)
210 g tepung gandum
1 sk baking powder
Cara-cara:
1. Bahan-bahan basah disatukan dan kacau sebati.
2. Campurkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder.
3. Ratakan adunan dan tuang ke dalam kertas cupcakes.
4. Bakar cupcakes pada suhu 180 c selama 20 minit atau sehingga masak.
Untuk butterscoth sauce pulak,
Bahan-bahan:
60 g butter
110 g gula perang
180 g heavy cream/susu cair
2 sk esen vanilla
secubit garam
Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih dan mendapat kepekatan yang dikehendaki.
2. Masak sambil kacau bagi mengelakkan ia berkerak.
Bahan-bahan:
115 g butter -dicairkan
160 g gula perang/brown sugar
1 biji telur
1 sk esen vanilla
1 cawan buttermilk (1 cawan susu + 1 sb cuka)
210 g tepung gandum
1 sk baking powder
Cara-cara:
1. Bahan-bahan basah disatukan dan kacau sebati.
2. Campurkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder.
3. Ratakan adunan dan tuang ke dalam kertas cupcakes.
4. Bakar cupcakes pada suhu 180 c selama 20 minit atau sehingga masak.
Untuk butterscoth sauce pulak,
Bahan-bahan:
60 g butter
110 g gula perang
180 g heavy cream/susu cair
2 sk esen vanilla
secubit garam
Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih dan mendapat kepekatan yang dikehendaki.
2. Masak sambil kacau bagi mengelakkan ia berkerak.
Langgan:
Catatan (Atom)