Rabu, 15 Oktober 2014

Tempahan Cupcake & Muffin (Klang)



Tempahan pelbagai kek, cupcake dan muffin




Mengikut permintaan pelanggan dari jenis kek, perisa kek, decoration, packaging dan sebagainya. Boleh juga mengikut budget customer.

                                                 




Hubungi/whatsApp : Sue 019-6458661

Jumaat, 10 Oktober 2014

Dalca Pelengkap Nasi Beriani

Menikmati nasi beriani menjadi tidak lengkap tanpa acar dan kuah dalca. Kuah dalca ini sungguh istimewa kerana menggunakan kacang dal Malawi iaitu jenis dan gred kacang dal yang paling berkualiti. Resepi ini cukup untuk 30 orang makan.

Bahan-bahan:
1 sb minyak sapi + minyak masak
Rempah 4 beradik (pelaga, cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis)
Bawang besar, bawang putih dan halia (dikisar)
Cili boh
Kunyit
Daun kari
Tulang ayam (kaki, leher dll)
3-4 sb rempah daging
Kentang (dipotong kecil)
Kacang dal Malawi (direbus hingga lembut)
Santan (1 biji kelapa)
Air kacang gajus
Air asam jawa
Terung
Tomato
Daun bawang
Daun pudina
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Tumis rempah 4 beradik, bahan kisar dan cili boh.
2. Masukkan kunyit, daun kari dan tulang ayam. Tutup tudung periuk dan masak sehingga tulang ayam lembut.
3. Masukkan rempah daging dan kentang. Masak sehingga kentang setengah empuk.
4. Masukkan kacang dal, santan, air kacang gajus, air asam jawa, terung, tomato dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan daun bawang dan daun pudina. Matikan api.

Khamis, 9 Oktober 2014

Nasi Beriani Mamak (Resepi Maklong)

Resepi turun-temurun Nasi Beriani masakan arwah Paklong sangat digemari keluarga besar kami. Pertama kali berpeluang mempelajari cara memasak nasi ini dari Maklong pada hari terakhir berpuasa Ramadhan yang lepas. Telah berpeluang mencubanya sendiri sebanyak 2-3 kali untuk keluarga kecil sendiri, alhamdulillah sangat sedap.

Harap dapat berkongsi di sini. Cara penyediaannya memerlukan beberapa langkah dan bahan-bahannya agak bermacam-macam namun hasilnya sangat berbaloi. Resepi ini menggunakan 2 kg beras yang cukup untuk 20 orang makan.

Langkah 1: Sediakan Kuah Ayam

Bahan-bahan:
1 sb minyak sapi + minyak masak
Rempah 4 beradik (cengkih, pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis)
Bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar)
Rempah kurma
Rempah kari daging
Kunyit
Lada putih
Sos tomato
Santan cair (dari 1 biji kelapa)
Santan pekat (dari 1 biji kelapa)
Air biji gajus/janggus
Daun pudina (1 tangkai)
Gula
Garam
Ayam 2 ekor (dipotong kecil-kecil)

Cara-cara:
1. Tumis rempah 4 beradik dan bahan kisar.
2. Masukkan paste rempah kurma dan rempah kari. Maklong pesan, rempah kurma mesti lebih dari rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan ayam dan mesrakan dengan rempah.
4. Masukkan santan cair dan diikuti bahan-bahan lain.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masak hingga setengah empuk.
7. Ketepikan.

Note: kuantiti bagi bahan-bahan di atas tidak dapat diberi dengan tepat. Agak-agak lah yer dengan menggunakan kemahiran anda tentang setiap satu bahan-bahan ini yang biasa kita gunakan di dapur.

Langkah 2: Menyediakan Nasi

Bahan-bahan:
2 kg beras basmati/beriani (rendam 30 minit dan toskan)

(A)
1 sb minyak sapi + minyak masak
Rempah 4 beradik
Bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar)
Cili boh
Daun pandan
Daun beriani
2 sb rempah beriani

(B)
3/4 tin susu cair
1 tin kecil tomato puree
Daun pudina
Garam dan gula

(C)
Carrot (diparut), biji gajus (dipanggang), kacang peas dan kismis

Cara-cara:
1. Tumis bahan A hingga garing dan naik bau.
2. Masukkan kuah yang telah diasingkan dari Langkah 1.
3. Masukkan Bahan B. Tambah air secukupnya.
4. Masukkan beras. Tutup tudung periuk dan biar hingga setengah masak.
5. Kemudian, taburkan bahan C. Letakkan ketulan-ketulan ayam di tengah nasi dan kambuskan (tutup ayam dengan nasi)
6. Tutup tudung periuk dan biar sehingga masak.

Note: pastikan setiap cecair yang dimasukkan tidak melebihi sukatan air bagi beras

Nasi Beriani sedap dimakan bersama acar dan dalca. Resepi dalca ini juga dipelajari langsung dari Maklong. Resepi dalca akan ditulis di entri yang lain insya Allah.

Selasa, 7 Oktober 2014

Kuih Lapis Tradisi



Kuih lapis yang sedap adalah kuih yang menggunakan banyak tepung beras berbanding bahan yang lain. Resepi ini menghasilkan kuih dengan 7 lapis menggunakan loyang 8".

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil garam
4 cawan santan sederhana pekat
(2 cawan santan kotak + 2 cawan air)
Esen ros
Pewarna merah

Cara-cara:

1. Satukan kesemua bahan. Bahagikan kepada dua bahagian, putih dan merah. Bahagian yang merah ditambahkan dengan esen ros dan pewarna merah secukupnya.
2. Panaskan periuk kukus dengan menggunakan api besar.
3. Letakkan loyang ke dalam periuk yang panas. Tidak perlu griskan dengan minyak atau butter.
4. Tuangkan 3 senduk bahagian warna merah. Tutup kukusan dan biarkan masak selama 5-7 minit.
5. Ulangi langkah 4 untuk bahagian putih pula.
6. Ulangi langkah 3 dan 4 hingga adunan kuih habis.
7. Kemudian, tambah lagi 20 minit untuk mengukus kuih yang sudah siap dengan menggunakan api kecil.
8. Sejukkan kuih dan potong kuih hanya ketika kuih sudah sejuk.

Keutamaan Wanita Untuk Menjadi Surirumah Sepenuh Masa

Artikel ini adalah untuk menyenaraikan beberapa keutamaan kaum wanita khasnya kaum isteri sebagaimana yang terdapat pada dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis. Sekaligus  bagi menjelaskan tempat yang terbaik bagi seorang wanita solehah. Pada masa sekarang, sudah menjadi kebiasaan bagi seorang wanita umtuk keluar bekerja walaupun suami atau penjaganya mampu menyediakan keperluan asasnya. Terdapat sekelompok masyarakat yang memandang rendah dan menuduh surirumah sepenuh masa sebagai anak yang tidak mengenang jasa kedua ibu-bapa.

Sedangkan secara fitrahnya, Islam telah meletakkan seseorang wanita itu agar tetap tingggal di rumah suaminya dan menjalani tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Inilah cara Islam yang memuliakan para wanita dengan meletakkan mereka di tempat paling selamat.

Dalil-dalilnya adalah seperti berikut;

1. Dalil tentang perintah agar wanita tinggal di rumahnya.

Allah S.W.T berfirman;
"Dan hendaklah kalian (yakni isteri-isteri nabi) tetap di rumah-rumah kalian dan jangan bertabarruj seperti orang-orang jahiliyah terdahulu bertabarruj." (Surah Al-Ahdzaab, 33:33)

Para ulama tafsir menjelaskan bahawa para wanita yang beriman mesti mengikuti dan mencontohi isteri-isteri nabi. Kata Al-Imam Mujahid; "Dahulu wanita keluar dalam kalangan kaum lelaki, maka yang demikian (termasuk) maksud tabarruj jahiliyah." (Tafsir Ibnu Katsir, 6/10)

Kata Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H);
"Iaitu tinggallah di rumah kalian dan jangan keluar tanpa keperluan (yang syar'i). Dan dari bentuk keperluan syar'i adalah seperti solat di masjid berdasarkan syarat-syaratnya." (Tafsir Ibnu Katsir, 6/409)

Walaupun demikian, terdapat hadis yang menyebutkan tentang keutamaan wanita solat di di rumahnya berbanding solat berjemaah di masjid walaupun tiada larangan wanita solat di masjid.

2. Dalil tentang wanita adalah aurat.

Dari hadis 'Abdullah (bin Mas'oud) radhiyallahu 'anhu, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya wanita itu adalah aurat. Apabila dia keluar dari rumahnya, maka syaitan pun menyambutnya (dengan mengangkat pandangan padanya). Keadaan wanita yang paling dekat dengan wajah Rabbnya (ALLAH) adalah ketika dia berada di dalam rumahnya." (Shahih Ibnu Khuzaimah no. 1685, Sunan At-Tirmitzi no. 1173)

Sahabat nabi, Ali radhiyallahu 'anhu pernah bertanya kepada isterinya, Fatimah radhiyallahu 'anha:
"Wahai Fatimah, apakah yang terbaik bagi seorang perempuan?" 
Fatimah menjawab:
"Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya), dan lelaki pun tidak melihatnya". (Riwayat az-Zahabi dalam al-Kabair)
 
3. Dalil tentang tempat solat terbaik wanita adalah dirumahnya.

Dari  Ummu Salamah radhiyallahu 'anha, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda;
"Sebaik-baik masjid para wanita adalah pertengahan rumah-rumah mereka" (Riwayat Ahmad, Ibnu
Khuzaimah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

4. Dalil tentang kepimpinan seorang wanita adalah dirumahnya.

Dari hadis Abdullah bin Umar radhiyallahu 'anhuma, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Seseorang lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas keluarganya, manakala seorang isteri adalah pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan rumah suami dan anak-anaknya" (Shahih Al-Bukhari)

Dari hadis Abi Bakrah radhiyallahu 'anhu, Nabi bersabda:
" Tidak akan beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan kepimpinan kepada wanita" (Shahih Al-Bukhari)

5. Dalil tentang wanita harus memelihara diri ketika ketiadaan suami.

Dari hadis 'Abdurrahman bin Auf radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: 'Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai.'" (HR Ahmad)

Firman Allah Ta 'ala:
"Maka wanita yang soleh adalah wanita yang taat pada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dengan apa yang Allah telah pelihara mereka" (Surah An-Nisaa', 4:34)

6. Dalil tentang mudah menyusukan anak.

Allah Subhanahu wa Ta 'ala berfirman:
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan." (Surah Al-Baqarah, 2:233)

7. Dalil tentang Safar dan Haji wanita bersama mahram.

Dari hadis Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Janganlah seorang wanita bermusafir kecuali bersama mahramnya. Dan janganlah seorang lelaki keluar menemuinya kecuali ada bersama wanita itu mahramnya"

Kemudian, ada seorang lelaki bertanya, "Wahai Rasulullah, sebenarnya aku perlu berangkat bersama pasukan perang ini dan ini, tetapi isteriku ingin menunaikan haji." Maka Rasulullah pun menjawab, "Keluarlah bersamanya (berhaji bersama isteri)." (Shahih Al-Bukhari, no.1862)

Kesimpulannya, jika tanpa mahram, maka hendaklah ia melazimi rumahnya.

8. Dalil tentang kaitan antara fitnah dan wanita.

Dari hadis Usamah bin Zaid radhiyallahu 'anhuma, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Aku tidak meninggalkan fitnah (ujian) sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita." (Shahih Al-Bukahri, no.5096 dan Shahih Muslim, no. 2740)

Dari hadis Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian khalifah di atasnya lalu Dia memerhatikan apa yang kalian lakukan. Dari itu, awaslah kalian terhadap (fitnah) dunia dan (fitnah) wanita. Sesungguhnya fitnah pertama (yang menghancurkan) Bani Israil ialah wanita." (Shahih Muslim, no. 2742)

9. Dalil tentang wanita lebih aman dari pandangan lelaki asing dan wanita lebih mudah menundukkan pandangannya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah An-Nur, 24:30)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...” (Surah An-Nur, 24:31)

KESIMPULANNYA

Alhamdulillah kepada para wanita yang istiqamah melazimi rumah suami mereka dan berusaha untuk mengelakkan fitnah. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmati rumahtangga kita dan memurahkan rezeki kita insyaAllah. Wallahu a'lam.


Isnin, 6 Oktober 2014

Kek Puding Karamel



Mencari resepi kek yang gebu dan puding yang lazat, inilah gabungan kek yang sangat serasi. Pertama kali melihat di blog masam manis, terus rasa nak cuba. Alhamdulillah, pertama kali membuatnya berjaya mendapatkan kek yang cantik dan sedap. Kek ini sedap di makan sejuk dan ia lebih tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.


Bahan-bahan:

Bahagian puding karamel;

GULA HANGUS
2 sb gula castor

Cara-cara:
Gula ditabur atas loyang kek 8" dan loyang dipanaskan atas api perlahan sehingga gula keperangan, gula yang mencair diratakan dengan menyengetkan loyang ke kiri dan kanan.
Tips: gula hangus yang tidak rata akan menyebabkan puding melekat di loyang selepas siap dibakar

PUDING
1/2 tin susu ~ menggunakan susu cair lebih sedap, lebih lemak berkrim rasanya
70g gula castor

1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur


Cara-cara:
Kacau susu dan gula hingga gula melarut.
Kacau telur dan esen vanilla secara perlahan-lahan.
Satukan kedua-dua bahan dan kacau rata perlahan.

Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Tips: Adunan ini harus dikacau perlahan bagi mengelakkan puding yang siap dibakar berlubang-lubang kerana terperangkap banyak udara.
Note: puding karamel ini tidak perlu di bakar terlebih dahulu,ia akan dibakar bersama adunan kek nanti secara serentak.



Bahagian Adunan Kek;

BAHAGIAN A

70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air

45ml minyak masak

Cara-cara:
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik gebu sekali ganda.


BAHAGIAN B
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:
Ayak tepung gandum dan baking powder.
Masukkan Bahagian B ke dalam Bahagian A  sikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.

BAHAGIAN C ~  MERINQUE
6 biji putih telur
70g gula castor

1 sudu teh krim tar-tar

Cara-cara:
Pukul putih telur hingga berbuih.

Masukkan gula dan krim tar-tar dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (kalau kita terbalikkan loyang, adunan putih telur itu tidak jatuh atau tertumpah)
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik.
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan puding karamel (yang belum dibakar) tadi.
Untuk mendapatkan corak seperti kek di gambar, tuang 3 sudu besar lapisan pupple, kemudian 3 sudu besar lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu besar lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yang sama dengan 2 sudu besar pula. Akhir sekali dengan 1 sudu besar pula sehingga adunan kek habis.
Tips: pastikan kuning telur tidak tercampur ke dalam telur putih yang diasingkan dan peralatan yang digunakan adalah kering dan tidal berminyak.

Pembakaran Kek;

Menggunakan kaedah steam bath. 
Tuangkan air panas dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yang berisi kek dalam loyang yang berisi air panas tadi.
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan menggunakan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Bakar kek menggunakan api atas bawah untuk 5 minit terakhir.
Selepas masak , biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.