Menikmati nasi beriani menjadi tidak lengkap tanpa acar dan kuah dalca. Kuah dalca ini sungguh istimewa kerana menggunakan kacang dal Malawi iaitu jenis dan gred kacang dal yang paling berkualiti. Resepi ini cukup untuk 30 orang makan.
Bahan-bahan:
1 sb minyak sapi + minyak masak
Rempah 4 beradik (pelaga, cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis)
Bawang besar, bawang putih dan halia (dikisar)
Cili boh
Kunyit
Daun kari
Tulang ayam (kaki, leher dll)
3-4 sb rempah daging
Kentang (dipotong kecil)
Kacang dal Malawi (direbus hingga lembut)
Santan (1 biji kelapa)
Air kacang gajus
Air asam jawa
Terung
Tomato
Daun bawang
Daun pudina
Garam
Gula
Cara-cara:
1. Tumis rempah 4 beradik, bahan kisar dan cili boh.
2. Masukkan kunyit, daun kari dan tulang ayam. Tutup tudung periuk dan masak sehingga tulang ayam lembut.
3. Masukkan rempah daging dan kentang. Masak sehingga kentang setengah empuk.
4. Masukkan kacang dal, santan, air kacang gajus, air asam jawa, terung, tomato dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan daun bawang dan daun pudina. Matikan api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan