Isnin, 6 Oktober 2014

Kek Puding Karamel



Mencari resepi kek yang gebu dan puding yang lazat, inilah gabungan kek yang sangat serasi. Pertama kali melihat di blog masam manis, terus rasa nak cuba. Alhamdulillah, pertama kali membuatnya berjaya mendapatkan kek yang cantik dan sedap. Kek ini sedap di makan sejuk dan ia lebih tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.


Bahan-bahan:

Bahagian puding karamel;

GULA HANGUS
2 sb gula castor

Cara-cara:
Gula ditabur atas loyang kek 8" dan loyang dipanaskan atas api perlahan sehingga gula keperangan, gula yang mencair diratakan dengan menyengetkan loyang ke kiri dan kanan.
Tips: gula hangus yang tidak rata akan menyebabkan puding melekat di loyang selepas siap dibakar

PUDING
1/2 tin susu ~ menggunakan susu cair lebih sedap, lebih lemak berkrim rasanya
70g gula castor

1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur


Cara-cara:
Kacau susu dan gula hingga gula melarut.
Kacau telur dan esen vanilla secara perlahan-lahan.
Satukan kedua-dua bahan dan kacau rata perlahan.

Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Tips: Adunan ini harus dikacau perlahan bagi mengelakkan puding yang siap dibakar berlubang-lubang kerana terperangkap banyak udara.
Note: puding karamel ini tidak perlu di bakar terlebih dahulu,ia akan dibakar bersama adunan kek nanti secara serentak.



Bahagian Adunan Kek;

BAHAGIAN A

70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air

45ml minyak masak

Cara-cara:
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik gebu sekali ganda.


BAHAGIAN B
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:
Ayak tepung gandum dan baking powder.
Masukkan Bahagian B ke dalam Bahagian A  sikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.

BAHAGIAN C ~  MERINQUE
6 biji putih telur
70g gula castor

1 sudu teh krim tar-tar

Cara-cara:
Pukul putih telur hingga berbuih.

Masukkan gula dan krim tar-tar dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (kalau kita terbalikkan loyang, adunan putih telur itu tidak jatuh atau tertumpah)
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik.
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan puding karamel (yang belum dibakar) tadi.
Untuk mendapatkan corak seperti kek di gambar, tuang 3 sudu besar lapisan pupple, kemudian 3 sudu besar lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu besar lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yang sama dengan 2 sudu besar pula. Akhir sekali dengan 1 sudu besar pula sehingga adunan kek habis.
Tips: pastikan kuning telur tidak tercampur ke dalam telur putih yang diasingkan dan peralatan yang digunakan adalah kering dan tidal berminyak.

Pembakaran Kek;

Menggunakan kaedah steam bath. 
Tuangkan air panas dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yang berisi kek dalam loyang yang berisi air panas tadi.
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan menggunakan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Bakar kek menggunakan api atas bawah untuk 5 minit terakhir.
Selepas masak , biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan