Sabtu, 20 Disember 2014

Puding Trifle

Satu lagi kegemaran keluarga yang sesuai dimakan pada cuaca panas. Bahan-bahannya dan cara membuatnya yang mudah menjadi pilihan saya.



Bahan-bahan;

Lapisan 1 (kek)
Swiss roll/kek yang mencukupi
Air dari jus koktel

Lapisan 2 (puding custard)
1 tin susu cair
1 tin air
1 cawan tepung custard
1/2 cawan gula

Lapisan 3 (jelly)
1 packet Kristal Jelly Nona
1 tin buah koktel/peach


Cara-cara;

1. Untuk lapisan 1, kek dipotong mengikut ketebalan dikehendaki dan disusun padat dalam bekas puding. Tekan-tekan supaya ia mampat. Renjiskan kek dengan jus buah supaya kek kekal lembab.
2. Untuk lapisan 2, satukan dan sebatikan semua bahan. Masak atas api perlahan hingga ia likat dan meletup-letup. Itu tandanya dah masak. Tutup api dan tuang atas lapisan kek tadi.
3. Susun buah pilihan atas lapisan puding.
4. Sediakan jelly seperti arahan di kotak. Tuangkan atas susunan buah tadi.
5. Sejukkan trifle. Sedap dinikmati ketika ia sejuk.



Jumaat, 12 Disember 2014

Karipap Pusing



Suka sangat makan karipap pusing. Tapi masih dalam peringkat belajar untuk mendapatkan karipap pusing yang cantik. Kali ni baru kali kedua membuatnya. Walaupun rasanya cukup sedap tetapi rupanya masih kurang cantik pada pandangan mata saya. Perlukan lebih masa untuk practice!

Bahan inti:

6 biji kentang (potong dadu)
1 paket rempah daging babas
Sedikit ikan bilis/udang kering/ayam/daging
1 biji bawang besar 

2 ulas bawang putih
Daun sup/bawang
Garam


Cara-cara:
1. Tumiskan bawang merah,bawang putih, ikan bilis dan udang kering dengan sedikit minyak.
2. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ubi kentang dan terus masak hingga kentang empuk.
4. Masukkan garam dan daun sup.


Resepi Kulit Doh Karipap Pusing;

Kulit Luar;
350 gm tepung gandum
30 gm marjerin/mentega
Air ais

Garam

Kulit Dalam;
150 gm tepung gandum + 2 sb tepung jagung
100 gm marjerin 


Step by step untuk membuat kulitnya akan saya susuli kemudian insyaAllah.



Doh untuk Aneka Roti (Roti Sosej & Roti Kacang Merah)

Saya suka resepi doh roti ini. Selain kerana ia mudah, ia sgt sesuai untuk pelbagai filling dan bentuk. Satu adunan doh roti ini boleh menghasilkan lebih kurang 10 biji bun yang besar.



Bahan-bahannya;

250 gm tepung gandum/roti
50 gm gula halus
1/2 sk garam
10 gm susu tepung
1/4 sk bread improver
1/4 sk bread softerner
30 gm telur (1 biji telur, pecahkan, kacau sedikit dan timbang, simpan bakinya)

6 gm instant yeast
20 gm marjerin/mentega
125 ml air suam (kalau guna Bread Maker, guna air biasa)


Cara-caranya;

1. Masukkan yeast dalam bekas bersama gula halus dan air suam, kacau rata dan biar hingga berbuih.
2. Gaul tepung, bread improver, bread softerner, garam dan susu tepung hingga rata, buat lubang di tengah-tengah bancuhan tepung. 
3. Tuang telur dan bancuhan yeast yang telah berbuih tadi, gaul perlahan-lahan hingga menjadi doh. 
4. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, uli 20 minit tanpa henti. Bulatkan doh, letak dalam bekas dan tutup, biar 50 minit hingga 1 jam sehingga doh mengembang.
5. Selepas doh mengembang, tumbuk doh dan uli sebentar kemudian boleh dibentuk-bentukkan mengikut citarasa masing- masing.
6. Griskan dulang pembakar dengan minyak/mentega. Biarkan roti yang dibentuk mengembang dan bakar 25-30 minit pada suhu 180 c.


Rabu, 10 Disember 2014

Homemade Pizza

Keluarga saya sangat menggemari Dominos Pizza..anak-anak kalau makan pizza memang sangat berselera. Jadi sangat berbaloi membuatnya sendiri di rumah. Alhamdulillah. Doh pizza ini cukup untuk membuat 2 pan pizza yang besar. Toppingnya terpulang pada citarasa masing-masing. Kebiasaannya topping pizza saya mengikut apa yang ada di dapur.



Bahan-bahannya;

4 cawan tepung gandum/roti/wholemeal
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis kering
Secubit gula
Secubit garam
1/4 cawan minyak
Sedikit minyak untuk menyapu/melumur doh

Cara-caranya;

1. Air suam disatukan dengan gula dan yis kering.
2. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk. Buat lubang di tengah-tengah tepung.
3. Tuangkan minyak dan air yis tadi.
4. Uli doh hingga licin.
5. Lumur doh dengan sedikit minyak dan tutup mangkuk dengan kain atau plastic wrap, boleh juga dengan apa-apa penutup.
6. Biarkan doh mengembang sehigga dua kali ganda atau selama 30 minit.
7. Selepas doh mengembang, tumbuk doh dan bahagikan kepada dua.
8. Ratakan doh diatas 2 pan pizza yang di sapu dengan minyak atau marjerin.
9. Cucuk doh dengan garpu sebelum letak topping.

Topping;

Bawang holand
Capsicum
Button mushroom
Pepperoni
Sosej
Mozarella cheese/pizza topping
Atau apa sahaja yang digemari



Selasa, 9 Disember 2014

Red Velvet Cupcakes (Kek Cawan Baldu Merah)

Resepi ini diambil dari Joy of Baking. Menghasilkan 12 biji cupcakes dengan souffle cup 2.5 oz. Kaedah penyediaannya menggunakan teknik creamy.



Bahan-bahan;

57 gm mentega
80 gm gula castor
1 biji telur saiz A
1/2 sk esen vanila
1/4 sk baking powder
1/4 sk garam
1 sb serbuk koko
125 gm tepung gandum/kek
120 ml buttermilk @ 120 ml susu + 1/2 sb cuka dan dibiarkan selama 10 minit
1 sb pewarna merah
1/2 sk cuka
1/2 sk baking soda/soda bikarbonat

Cara-cara;

1. Bahan kering diayak dan buttermilk disatukan bersama pewarna merah.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
3. Masukkan telur dan esen vanila dan teruskan memukul hingga sebati.
4. Masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan cecair dan kaup balik hingga sebati.
5. Cuka dan baking soda disatukan dalam bekas lain sehingga berbuih dan cepat-cepat dimasukkan ke dalam adunan kek tadi. Gaul hingga rata dan segera dimasukkan ke dalam souffle cup.
6. Bakar 25-30 minit pada suhu 170 c.

Note: adunan ini hendaklah segera dibakar bagi mendapatkan hasil kek yang baik

Cupcakes ini sedap di makan bersama cream cheese frosting. Saya telah menggunakan frosting yang stabil pada suhu bilik dan masih mengekalkan bentuknya setelah dipiping hampir 2 jam di suhu bilik. So this is the best recipe for frosting untuk hantaran atau jamuan di mana terpaksa meletakkan cupcakes pada masa yang agak lama di suhu bilik.

Bahan-bahan;

100 gm cream cheese
2 sb pure butter
1 sk sunquick (any flavor)
30 gm icing sugar

4 gm serbuk gelatin
15 gm air

70 gm non dairy whipping cream

Cara-cara;

1. Serbuk gelatin ditaburkan ke dalam air.
2. Cream cheese, butter, sunquick dan icing sugar dipukul hingga sebati. Don't over mix sebab nanti ia terlalu lembik.
3. Non dairy whip cream dipukul hingga kental atau soft peaks dan dicampurkan dengan gelatin tadi. Gaul rata.
4. Satukan bersama adunan cream cheese tadi.
5. Sedia untuk digunakan.

Notes; Resepi ini cukup untuk 12 biji cupcakes diatas. Jika frosting terlalu lembik atau cair, boleh dimasukkan ke dalam peti ice terlebih dahulu.



I love this so much!!!

Khamis, 4 Disember 2014

Red Devil Cupcakes (eggless/tanpa telur)

Cupcakes kegemaran Yusuf. Terkejut melihat Yusuf mampu menghabiskan 3 biji cupcake ini dalam satu masa. Cupcakes ini sangat sesuai digandingkan dengan cream cheese frosting. Teksturnya yang gebu dan lembut biarpun disimpan dalam peti ice membuatkan saya jatuh cinta dengan resepi ini. This is the right recipe untuk menggantikan red velvet!

Resepinya;

1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sk cuka dan biarkan sehingga ia pekat )
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
1 sb pewarna merah
1 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sb serbuk koko
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam


Cara-caranya;
1. Satukan gula dan bahan cecair. Sebatikan.
2. Ayakkan bahan kering dan campurkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan cecair tadi.
3. Gaul rata.
4. Bakar pada suhu 180 c selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Notes;
Adunan ini boleh dapat 10-12 biji cupcakes saiz 2.5oz in souffle cup seperti di bawah.


 
Green Devil Cupcake as requested by Yusuf


Kek Span (basic)

Untuk menyediakan kek yang ingin dilepa dengan buttercream, saya suka menggunakan kek span yang tetap tahan kelembutannya biarpun disimpan di dalam peti ice. Kek ini mudah dipotong lapis bagi menyediakan kek layer. Untuk mendapatkan kek bermacam pelbagai perisa, hanya perlu menambahkan paste atau emulco mengikut keperluan. Melalui pengalaman saya, kek ini masih elok biarpun sehingga hari kelima dalam suhu bilik.



Resepinya;

4 biji telur (size A)
180 gmgula kastor
170 gm tepung kek
1 sk baking powder
15 gm ovellete
70 gm air
1 sk esen vanila
50 gm minyak jagung

Cara-caranya;
1. Ayakkan bahan-bahan kering.
2. Satukam kesemua bahan kecuali minyak.
3. Mixkan dengan kelajuan tinggi sehingga mendapat adunan yang pekat dan gebu. Berhenti serta merta supaya tidak over mix. Adunan kek yang terlebih pukul akan menghasilkan kek yang bantat.
4. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula.
5. Tuangkan ke dalam loyang  8 inci yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
6. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170 c selama 30-35 minit dengan menggunakan api atas dan bawah.
7. Apabila kek sudah masak, terus keluarkan dari oven. Biarkan sekejap dalam 5 minit, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang. Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit. Lepas tu terus terbalikkan semula kek. Mesti buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun akibat tarikan graviti.

Notes;
Untuk menghasilkan kek span coklat, hanya perlu kurangkan kuantiti tepung gandum kepada 150 gm dan tambahkan serbuk koko 20 gm.