Saya suka resepi doh roti ini. Selain kerana ia mudah, ia sgt sesuai untuk pelbagai filling dan bentuk. Satu adunan doh roti ini boleh menghasilkan lebih kurang 10 biji bun yang besar.
Bahan-bahannya;
250 gm tepung gandum/roti
50 gm gula halus
1/2 sk garam
10 gm susu tepung
1/4 sk bread improver
1/4 sk bread softerner
30 gm telur (1 biji telur, pecahkan, kacau sedikit dan timbang, simpan bakinya)
6 gm instant yeast
20 gm marjerin/mentega
125 ml air suam (kalau guna Bread Maker, guna air biasa)
Cara-caranya;
1. Masukkan yeast dalam bekas bersama gula halus dan air suam, kacau rata dan biar hingga berbuih.
2. Gaul tepung, bread improver, bread softerner, garam dan susu tepung hingga rata, buat lubang di tengah-tengah bancuhan tepung.
3. Tuang telur dan bancuhan yeast yang telah berbuih tadi, gaul perlahan-lahan hingga menjadi doh.
4. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, uli 20 minit tanpa henti. Bulatkan doh, letak dalam bekas dan tutup, biar 50 minit hingga 1 jam sehingga doh mengembang.
5. Selepas doh mengembang, tumbuk doh dan uli sebentar kemudian boleh dibentuk-bentukkan mengikut citarasa masing- masing.
6. Griskan dulang pembakar dengan minyak/mentega. Biarkan roti yang dibentuk mengembang dan bakar 25-30 minit pada suhu 180 c.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan