Keluarga saya sangat menggemari Dominos Pizza..anak-anak kalau makan pizza memang sangat berselera. Jadi sangat berbaloi membuatnya sendiri di rumah. Alhamdulillah. Doh pizza ini cukup untuk membuat 2 pan pizza yang besar. Toppingnya terpulang pada citarasa masing-masing. Kebiasaannya topping pizza saya mengikut apa yang ada di dapur.
Bahan-bahannya;
4 cawan tepung gandum/roti/wholemeal
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis kering
Secubit gula
Secubit garam
1/4 cawan minyak
Sedikit minyak untuk menyapu/melumur doh
Cara-caranya;
1. Air suam disatukan dengan gula dan yis kering.
2. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk. Buat lubang di tengah-tengah tepung.
3. Tuangkan minyak dan air yis tadi.
4. Uli doh hingga licin.
5. Lumur doh dengan sedikit minyak dan tutup mangkuk dengan kain atau plastic wrap, boleh juga dengan apa-apa penutup.
6. Biarkan doh mengembang sehigga dua kali ganda atau selama 30 minit.
7. Selepas doh mengembang, tumbuk doh dan bahagikan kepada dua.
8. Ratakan doh diatas 2 pan pizza yang di sapu dengan minyak atau marjerin.
9. Cucuk doh dengan garpu sebelum letak topping.
Topping;
Bawang holand
Capsicum
Button mushroom
Pepperoni
Sosej
Mozarella cheese/pizza topping
Atau apa sahaja yang digemari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan