Khamis, 4 Disember 2014

Kek Span (basic)

Untuk menyediakan kek yang ingin dilepa dengan buttercream, saya suka menggunakan kek span yang tetap tahan kelembutannya biarpun disimpan di dalam peti ice. Kek ini mudah dipotong lapis bagi menyediakan kek layer. Untuk mendapatkan kek bermacam pelbagai perisa, hanya perlu menambahkan paste atau emulco mengikut keperluan. Melalui pengalaman saya, kek ini masih elok biarpun sehingga hari kelima dalam suhu bilik.



Resepinya;

4 biji telur (size A)
180 gmgula kastor
170 gm tepung kek
1 sk baking powder
15 gm ovellete
70 gm air
1 sk esen vanila
50 gm minyak jagung

Cara-caranya;
1. Ayakkan bahan-bahan kering.
2. Satukam kesemua bahan kecuali minyak.
3. Mixkan dengan kelajuan tinggi sehingga mendapat adunan yang pekat dan gebu. Berhenti serta merta supaya tidak over mix. Adunan kek yang terlebih pukul akan menghasilkan kek yang bantat.
4. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula.
5. Tuangkan ke dalam loyang  8 inci yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
6. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170 c selama 30-35 minit dengan menggunakan api atas dan bawah.
7. Apabila kek sudah masak, terus keluarkan dari oven. Biarkan sekejap dalam 5 minit, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang. Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit. Lepas tu terus terbalikkan semula kek. Mesti buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun akibat tarikan graviti.

Notes;
Untuk menghasilkan kek span coklat, hanya perlu kurangkan kuantiti tepung gandum kepada 150 gm dan tambahkan serbuk koko 20 gm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan