Kami sekeluarga amat menggemari apple pie atau apple crumble. Sekali mengadap jer untuk minum petang kami sudah licin.
Bahan-bahan;
Lapisan bawah:
4 biji epal -dipotong nipis
4 sb gula castor
1 sb serbuk cinnamon
2 sb melted butter
Lapisan atas:
4 sb butter
2 cawan tepung gandum
4 sb gula castor
1 sk garam
Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan-bahan bagi lapisan bawah dengan menggaulkannya rata. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dengan butter.
2. Satukan pula kesemua bahan -bahan bagi lapisan atas sehingga menjadi seperti serbuk roti. Taburkan ia ke atas lapisan buah tadi.
3. Bakar pada suhu 180c selama 40 minit sehingga permukaan atas nampak sedikit keperang-perangan.
Nota: Apple crumble sedap di makan sejuk bersama sos custard atau ais krim vanila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan