Ahad, 11 Januari 2015

Kuih Lompang Pandan

Anak-anak lebih sukakan kuih lompang pandan berbanding kuih lompang gula merah. Kalau ada kelapa parut, kuih ini menjadi pilihan pertama kerana membuatnya sgt mudah dan bahan-bahannya juga tidak banyak.



Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
4 cawan air
1 1/2 cawan gula
4-5 helai daun pandan
Pewarna hijau

Kelapa parut
Garam

Cara-cara:
1. Daun pandan dimesin bersama 1 cawan air dan ditapis untuk mendapatkan jus air pandan.
2. Satukan tepung beras, gula, sedikit pewarna hijau, jus air pandan dan selebih 3 cawan air tadi. Untuk mendapatkan adunan yang sebati, saya blend kesemuanya.
3. Panaskan pengukus. Tuangkan adunan kuih ke dalam acuan lompang yang disapu dengan sedikit minyak masak.
4. Kukus kuih lebih kurang 15-20 minit dengan api sederhana besar.
5. Gaul kelapa parut bersama sedikit garam dan boleh dikukus sekali untuk mendapatkan kelapa parut yang tahan lama dari rosak.
6. Setelah kuih masak, sejukkan sebentar dan boleh dikeluarkan dari acuan.
7. Letakkan sedikit kelapa parut atas kuih dan sedia dinikmati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan