Jumaat, 23 Januari 2015

Carrot Cupcakes

Dah lama rasanya tak buat kek carrot. Bagi saya, kek ini sedap digandingkan dengan cream cheese frosting. Boleh menambahkan kekacang, raisin atau nenas mengikut citarasa masing. Kali ini saya membuatnya dengan hanya menggunakan resepi kek carrot yang asas memandangkan kek ini permintaan dari mak. Kata mak, "mak taknak apa-apa cream atau kekacang, nak ada carrot aje". Resepi ini menghasilkan lebih kurang 17biji saiz muffin. Untuk hiasan, saya menaburkan sedikit chocolate chips sebelum membakarnya.



Bahan-bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
1 1/2 cawan melted butter/minyak jagung
4 biji telur
2 sk esen vanilla
2 sk sunquick -any flavor
2 sk serbuk cinnamon
2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 1/2 cawan carrot -diparut halus dan ditoskan airnya

Cara-cara:
1. Tepung, baking powder dan soda bikarbonat disatukan dan diayak.
2. Satukan gula perang, gula castor, minyak, telur, esen vanilla, sunquick dan serbuk cinnamon. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak tadi. Kemudian, masukkan parutan carrot. Gaul hingga rata dan sebati.
4. Boleh juga menggunakan mixer tetapi hanya dengan kelajuan perlahan.
5. Bakar pada suhu 175 celcius selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan