Jumaat, 9 Januari 2015

Kuih Lopes

Akhirnya tercapai jugak nak buat sendiri kuih lopes. Kebiasaannya cuma dapat merasa air tangan mama atau pun beli sahaja di pasar malam. Sejak berkahwin, jarang sangat membeli kuih di luar. Rasa berbaloi membuatnya sendiri memandangkan anak-anak suka makan kuih.



Bahan-bahan:
(A)
3 cawan pulut susu
3 cawan air daun pandan
Pewarna hijau
Daun pisang secukupnya

(B)
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam

(C)
Gula castor
Gula merah
Daun pandan yang disimpul
Air secukupnya


Cara-cara:
1. Satukan bahan-bahan A dan masak dalam non-pan stick sehingga pulut separuh masak.
2. Bungkuskan pulut tadi ke dalam daun pisang yang sudah dilayur. Ikat kedua-dua hujung daun pisang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 15 minit hingga pulut masak. Biarkan ia sejuk dan boleh dipotong mengikut citarasa masing-masing.
4. Satukan bahan-bahan B.
5. Satukan bahan-bahan C dan masak atas api kecil hingga mendidih. Biarkan ia sejuk.
6. Untuk menghidangkannya, kepingan pulut digaulkan dengan kelapa parut dan di makan bersama air gula merah.



Nota: thanks iti and adam bagi kakngah beras pulut susu yang jauh mai dari padang besaq!

1 ulasan: