Sabtu, 3 Oktober 2015

Chocolate Brownies Kedut

Kami sekeluarga peminat choc brownies. Jadi saya selalu mencuba resepi brownies yang baru. Resepi ini tidak kurang hebatnya. Yang paling saya suka tentang brownies, ia tidak banyak bahan dan masa bakar yang singkat.


Resepi:

400gm Chocolate Beryl's Dark Compound
150gm Butter
4 biji telur size A
100gm Gula perang
100gm Gula kastor
1 sk Esen vanilla
100gm Tepung gandum
30gm Serbuk koko
1/2 sk Baking powder


Cara-cara:

1. Cairkan coklat dan butter secara double boil. Sejukkan.
2. Bahan-bahan kering diayak.
3. Telur, esen vanilla, gula perang dan gula kastor diaatukan. Gaul sebati.
4. Masukkan adunan telur tadi ke dalam adunan coklat yang sudah sejuk tadi. Gaul sebati.
5. Masukkan bahan-bahan kering dan kaup balik hingga rata.
6. Masukkan ke dalam acuan loyang 10"×10" yang telah digris dan dilapik dengan baking paper.
7. Boleh taburkan kekacang yg dipanggang atau sebarang coklat kegemaran.
8. Bakar pada suhu 160 celcius selama 30 minit.

Khamis, 27 Ogos 2015

Apam Polkadot Sedap


Assalamualaikum. Hari ni nak share resepi apam polkadot yang sedap. Cukup kelembutannya dan kegebuaannya.

Resepi:

4 biji telur (gred B)
220g gula castor
280g tepung gandum
3 sk baking powder
150ml susu
2 sk ovallette
Pewarna dan filling mengikut citarasa.

Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan keputihan.
2. Masukkan bahan-bahan kering berselang-seli dengan susu. Pukul lagi hingga rata.
3. Masukkan ovallette dan pukul lagi hingga rata dan kembang. Anggaran memukul lagi 5 minit.
4. Panaskan periuk kukus. Gunakan api perlahan setelah air kukusan mendidih untuk memasak apam.
5. Bahagikan adunan apam dengan warna pilihan.
6. Masukkan papercup ke dalam acuan lompang. Sudukan 3/4 penuh adunan apam dan pipekan filling ke dalamnya. Masukkan lagi adunan hingga penuh papercup. Corakkan mengikut pilihan.
7. Masukkan acuan lompang ke dalam periuk kukus dan kukuskan selama 15 minit.

Tips:
1. Tutup bekas adunan apam supaya kurang gelembung udara yang masuk.
2. Kukus hanya cukup-cukup 15 minit dengan api kecil.
3. Masukkan filling selepas sudukan adunan apam 3/4 atau hampir penuh papercup bagi mengelakkan filling tenggelam ke dasar papercup.
4. Sudukan adunan apam untuk elakkan gelembung udara yg banyak. Hanya masukkan adunan apam yang diperlukan untuk hiasan di atas apam ke dalam piping bag.








Jumaat, 17 April 2015

Kek Marble

Kek ini antara kegemaran keluarga juga. Ia boleh dipelbagaikan dengan pelbagai perisa. Di sini saya letakkan resepi untuk mudah membuat rujukan di masa akan datang.



Bahan-bahan:

230g butter
1  sk esen vanilla
3 sb susu pekat
170g gula castor
5 biji telur (Gred B)
1 sb ovallate
170g tepung gandum
1 sk baking powder
3 sb serbuk koko



Cara-cara:
1. Ayak bahan-bahan kering.
2. Pukul butter, esen vanilla dan susu pekat hingga kembang.
3. Pukul putih telur dan gula hingga ringan. Masukkan kuning telur dan ovallate. Pukul lagi hingga rata.
4. Masukkan adunan telur ke dalam adunan butter tadi. Pukul hingga sebati dan masukkan bahan-bahan kering sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
5. Bahagikan kepada dua bahagian. Salah satunya dicampurkan dgn serbuk koko. Gaul rata.
6. Tuangkan ke dalam loyang 8 inci dan boleh dicorakkan marble mengikut kreativiti masing-masing.
7. Bakar selama 40-50 minit pada suhu 175-180 celcius.

Nota: Kek ini lebih sedap jika menggunakan pure butter..contohnya jenama Anchor. Jika menggunakan telur gred A, tambahkan 30g gula lagi.




Selasa, 31 Mac 2015

Rosselle Cheese Cupcakes yang sedap!

Assalamualaikum. Lamanya tak menulis di sini. Sebenarnya takde mood nak update resepi walaupun berderet-deret yang menunggu. Hari ni rasa nak makan cheese cake strawberry tapi tak cukup bahan pulak. Mengikut kehendak tekak, buat jugak dengan bahan apa yang ada. Tak sangka ia sedap sekali!



Bahan-bahan:

30 g butter/marjerin
3/4 cawan gula castor
125 g cream cheese
1 biji telur
1/2 sk esen vanila
1/4 cawan susu
1 cawan tepung gandum
3/4 sk baking powder
1/4 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1/2 cawan buah pilihan
Cara-cara:

1. Menggunakan teknik creamy. Pukul butter, cream cheese dan gula hingga kembang.
2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanila. Terus pukul lagi.
3. Masukkan susu dan ratakan.
4. Kaup balik bahan-bahan kering hingga rata.
5. Masukkan adunan kek ke dalam cupliner yang disusun dimulai dengan adunan kek dan rosselle.
6. Bakar pada suhu 175 celcius selama 20 minit.




Nota:
1. Adunan ini cukup untuk 10 biji cupcake yang menggunakan cupliner saiz 12.
2. Selain rosselle, buah-buahan segar seperti peach, blueberry dan strawberry juga sesuai digunakan.



SELAMAT MENCUBA!!!

Khamis, 5 Februari 2015

Cream Puff yang Mudah dan Sedap

Kebanyakan resepi cream puff adalah lebih kurang sama sahaja. Yang berbeza adalah sukatan bahan-bahannya, ada yang lebih dan ada yang kurang. Cream puff yang sedap adalah cream puff yang rangup di luar dan lembut di dalamnya. Filling cream puff hendak lah cukup manis dan lemaknya, baru betul-betul sedap! Resepi ini menghasilkan 26 biji cream puff yang besar. Kalau nak dapat banyak, boleh buat size bite jer.



Bahan-bahan (Puff):
100 g butter
250 ml air/susu
150 g tepung gandum
4 biji telur -dikacau
1 sk esen vanilla



Cara-cara:
1. Butter dan air dipanaskan sehingga  sebati.
2. Bila mendidih, cepat-cepat matikan api dan masukkan tepung gandum. Gaul hingga membentuk doh.
3. Buka api semula, kacau doh beberapa minit sehingga nampak doh berkeping-keping. Tutup api. Proses ini untuk menyerap cecair dari doh.
4. Biarkan doh sejuk  atau sehingga suam, masukkan esen vanilla dan telur sedikit demi sedikit. Tidak semestinya menggunakan telur hingga habis.
5. Setiap kali memasukkan telur, kacau rata agar ia sebati. Boleh menggunakan senduk kayu atau mixer. Jangan over mix, cukup sekadar ia rata.
6. Adunannya mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Bila di pipekan, bentuknya kekal dan tetap.
7. Pipekan bentuk yang disukai atas loyang yang digris.
8. Renjiskan puff dengan air. Boleh juga guna spray. Proses ini untuk membantu puff naik dengan cantik dan membentuk rongga-rongga dalam puff.
9. Bakar 15 minit pada suhu  200 c dan kemudian 15 minit lagi pada suhu 180 c. Guna api atas dan bawah. Jangan buka pintu oven selagi waktu pembakaran tidak tamat.
10. Setelah puff nampak keperangan, keluarkan puff dan gunting setiap puff dengan lubang kecil. Proses ini bagi membebaskan wap panas yang terperangkap dalam puff.



Bahan-bahan (custard filling):
3 1/3 cawan susu cair
5 sb gula
5 sb tepung custard
secubit garam
2 sk  esen vanilla
70 g butter

Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan kecuali esen vanilla dan butter.
2. Masak atas api sehingga ia pekat dan meletup-letup. Tutup api.
3. Masukkan esen vanilla dan butter. Gaul rata.
4. Sejukkan.

Nota: saya sukakan cream puff yang fillingnya adalah campuran non dairy whip cream (fresh cream) dengan custard filling. Rasanya lebih enak!

Ahad, 1 Februari 2015

Butterscotch Cupcakes

Dah lama nak cuba resepi ni tapi asyik tertunda jer. Sebenarnya bagi saya, cupcakes ni lebih sedap dimakan bersama cream cheese frosting atau buttercream. Resepi ini diambil dari Sally Baking Addiction tetapi diubahsuai sedikit mana yang saya rasa lebih mudah. Saya juga telah mengurangkan sukatan gula perang, kalau tak manis sangat kot. Resepi ini menghasilkan 14 biji cupcakes yg bersaiz L.

Bahan-bahan:

115 g butter -dicairkan
160 g gula perang/brown sugar
1 biji telur
1 sk esen vanilla
1 cawan buttermilk (1 cawan susu + 1 sb cuka)
210 g tepung gandum
1 sk baking powder

Cara-cara:

1. Bahan-bahan basah disatukan dan kacau sebati.
2. Campurkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder.
3. Ratakan adunan dan tuang ke dalam kertas cupcakes.
4. Bakar cupcakes pada suhu 180 c selama 20 minit atau sehingga masak.


Untuk butterscoth sauce pulak,

Bahan-bahan:

60 g butter
110 g gula perang
180 g heavy cream/susu cair
2 sk esen vanilla
secubit garam

Cara-cara:

1. Satukan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih dan mendapat kepekatan yang dikehendaki.
2. Masak sambil kacau bagi mengelakkan ia berkerak.


Jumaat, 23 Januari 2015

Carrot Cupcakes

Dah lama rasanya tak buat kek carrot. Bagi saya, kek ini sedap digandingkan dengan cream cheese frosting. Boleh menambahkan kekacang, raisin atau nenas mengikut citarasa masing. Kali ini saya membuatnya dengan hanya menggunakan resepi kek carrot yang asas memandangkan kek ini permintaan dari mak. Kata mak, "mak taknak apa-apa cream atau kekacang, nak ada carrot aje". Resepi ini menghasilkan lebih kurang 17biji saiz muffin. Untuk hiasan, saya menaburkan sedikit chocolate chips sebelum membakarnya.



Bahan-bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
1 1/2 cawan melted butter/minyak jagung
4 biji telur
2 sk esen vanilla
2 sk sunquick -any flavor
2 sk serbuk cinnamon
2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 1/2 cawan carrot -diparut halus dan ditoskan airnya

Cara-cara:
1. Tepung, baking powder dan soda bikarbonat disatukan dan diayak.
2. Satukan gula perang, gula castor, minyak, telur, esen vanilla, sunquick dan serbuk cinnamon. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak tadi. Kemudian, masukkan parutan carrot. Gaul hingga rata dan sebati.
4. Boleh juga menggunakan mixer tetapi hanya dengan kelajuan perlahan.
5. Bakar pada suhu 175 celcius selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Ahad, 11 Januari 2015

Kuih Lompang Pandan

Anak-anak lebih sukakan kuih lompang pandan berbanding kuih lompang gula merah. Kalau ada kelapa parut, kuih ini menjadi pilihan pertama kerana membuatnya sgt mudah dan bahan-bahannya juga tidak banyak.



Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
4 cawan air
1 1/2 cawan gula
4-5 helai daun pandan
Pewarna hijau

Kelapa parut
Garam

Cara-cara:
1. Daun pandan dimesin bersama 1 cawan air dan ditapis untuk mendapatkan jus air pandan.
2. Satukan tepung beras, gula, sedikit pewarna hijau, jus air pandan dan selebih 3 cawan air tadi. Untuk mendapatkan adunan yang sebati, saya blend kesemuanya.
3. Panaskan pengukus. Tuangkan adunan kuih ke dalam acuan lompang yang disapu dengan sedikit minyak masak.
4. Kukus kuih lebih kurang 15-20 minit dengan api sederhana besar.
5. Gaul kelapa parut bersama sedikit garam dan boleh dikukus sekali untuk mendapatkan kelapa parut yang tahan lama dari rosak.
6. Setelah kuih masak, sejukkan sebentar dan boleh dikeluarkan dari acuan.
7. Letakkan sedikit kelapa parut atas kuih dan sedia dinikmati.


Jumaat, 9 Januari 2015

Kuih Lopes

Akhirnya tercapai jugak nak buat sendiri kuih lopes. Kebiasaannya cuma dapat merasa air tangan mama atau pun beli sahaja di pasar malam. Sejak berkahwin, jarang sangat membeli kuih di luar. Rasa berbaloi membuatnya sendiri memandangkan anak-anak suka makan kuih.



Bahan-bahan:
(A)
3 cawan pulut susu
3 cawan air daun pandan
Pewarna hijau
Daun pisang secukupnya

(B)
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam

(C)
Gula castor
Gula merah
Daun pandan yang disimpul
Air secukupnya


Cara-cara:
1. Satukan bahan-bahan A dan masak dalam non-pan stick sehingga pulut separuh masak.
2. Bungkuskan pulut tadi ke dalam daun pisang yang sudah dilayur. Ikat kedua-dua hujung daun pisang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 15 minit hingga pulut masak. Biarkan ia sejuk dan boleh dipotong mengikut citarasa masing-masing.
4. Satukan bahan-bahan B.
5. Satukan bahan-bahan C dan masak atas api kecil hingga mendidih. Biarkan ia sejuk.
6. Untuk menghidangkannya, kepingan pulut digaulkan dengan kelapa parut dan di makan bersama air gula merah.



Nota: thanks iti and adam bagi kakngah beras pulut susu yang jauh mai dari padang besaq!

Khamis, 8 Januari 2015

Apple Crumble

Kami sekeluarga amat menggemari apple pie atau apple crumble. Sekali mengadap jer untuk minum petang kami sudah licin.



Bahan-bahan;

Lapisan bawah:
4 biji epal -dipotong nipis
4 sb gula castor
1 sb serbuk cinnamon
2 sb melted butter

Lapisan atas:
4 sb butter
2 cawan tepung gandum
4 sb gula castor
1 sk garam

Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan-bahan bagi lapisan bawah dengan menggaulkannya rata. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dengan butter.
2. Satukan pula kesemua bahan  -bahan   bagi lapisan atas sehingga menjadi seperti serbuk roti. Taburkan ia ke atas lapisan buah tadi.
3. Bakar pada suhu 180c selama 40 minit sehingga permukaan atas nampak sedikit keperang-perangan.

Nota: Apple crumble sedap di makan sejuk bersama sos custard atau ais krim vanila.

Vanilla Cupcakes with Chocolate Chips

Saya suka dengan resepi cupcake ini. Teksturnya agak moist dan tidak terlalu ringan. Bagi saya, ia sesuai dimakan tanpa frosting. Untuk menambahkan kesedapannya, boleh gunakan choc cips, choc rice atau kekacang.



Bahan-bahan:
160g butter/marjerin
1 1/3 cawan gula castor
3 biji telur (size B)
2 sk esen vanila
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 sk baking powder
1 cawan buttermilk/susu

Cara-cara:
1. Ayak bahan-bahan kering dan gaul sebati.
2. Pukul hingga kembang butter dan gula.
3. Masukkan esen vanila dan telur sebiji deni sebiji dan terus pukul hingga sebati.
4. Kemudian, masukkan bahan- bahan kering berselang-seli dengan susu dan gaul hingga rata.
5. Boleh tambahkan pewarna dan perasa jika suka.
6. Sudukan dalam kertas cupcake 3/4 penuh dan taburkan choc chips. Bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Nota: resepi ini menghasilkan 17 biji cupcake

Ahad, 4 Januari 2015

Kuih Som-Som

Kuih kegemaran kami seadik-beradik. Bila makan kuih ni, teringat sangat dengan arwah tok sbb tok gemar sungguh makan kuih ni. Mama rajin buat kuih ni, dari kami kecik sampai sekarang..cucu pun dapat merasa menjilat periuk buat kuih ni! Kuih ini kami gemar makan dengan air gula yang di masak bersama daun pandan. Suka sangat makan kuih ni sejuk-sejuk!


Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
10 cawan santan (dari 1 1/2 biji kelapa)
2 sk garam
Sedikit jus pandan/2 helai daun pandan yang disimpul
Pewarna hijau

Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan dan masak atas dapur menggunakan api kecil. Lebih baik gunakan periuk non-pan stick.
2. Masak sehingga ia pekat dan meletup-letup. Tutup periuk dan penutupnya sambil sekali-sekala mengacaunya supaya ia masak sepenuhnya dan tidak berkerak.
3. Setelah ia cukup masak dengan sempurna, boleh dituang dalam bekas yang sesuai dan biarkan ia sejuk.
4. Setelah sejuk, ia akan mengeras seperti puding. Enak dimakan sejuk-sejuk dengan air gula.

Note: kacau dan masak kesemua bahan agak lama sedikit atas dapur bagi memastikan kuih benar-benar masak.

Devil Chocolate Cake

Resepi kek ini sangat sedap, kaya dengan rasa coklat. Yang penting ia tidak terlalu moist/berminyak macam kek chocolate moist. Kek ini sesuai dipadankan dengan kek cheese dan untuk frostingnya pula sesuai dengan apa-apa sahaja, buttercream, chocolate ganache, fresh cream atau cream cheese frosting.



Bahan-bahan:
130g butter
1 cawan gula kastor
1 cawan gula Penang
3 biji telur (B)
1 sk esen vanila
1/2 cawan buttermilk (1/2 cawan susu + 1/2 sb cuka, biarkan hingga pekat)
1 cawan air suam
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam

Cara-cara:
1. Sediakan loyang 8". Griskan dan lapik dengan baking paper.
2. Bahan-bahan kering diayak. Bahan-bahan basah disatukan.
3. Pukul butter, gula kastor dan gula perang hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul hingga rata.
4. Masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan basah dan kaup balik sehingga sebati dan rata. Tuangkan ke dalam loyang.
5. Bakar pada suhu 180 c selama 40 minit atau sehingga masak.

Kuih Cara

Kuih kegemaran kami sekeluarga. Air pandan yang digunakan membuatkan kuih sangat harum dan sedap. Resepi ini menghasilkan lebih kurang 30 biji mengikut acuan yang standard.



Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan (sederhana pekat)
1 cawan air pandan (3-4 helai daun pandan)
2 biji telur
1 sk garam
Pewarna hijau
Gula secukupnya

Cara-caranya:
1. Satukan kesemua bahan dengan sebati dan rata. Kebiasaannya saya menggunakan blender.
2. Panaskan acuan. Renjiskan acuan dengan sedikit minyak.
3. Tuangkan adunan kuih. Biarkan sebentar supaya bahagian bawah kuih telah masak.
4. Sudukan gula secukupnya untuk setiap kuih. Tutup acuan kuih dengan tudung periuk supaya kuih cepat masak.
5. Bila disentuh permukaan kuih tidak melekat, bermaksud kuih telah masak.